0 cookie(s) ● Sunday, September 11, 2011 ● 5:52 AM
Salam semua :)Semalam open house rumah aku meriah sangat berbanding tahun-2 sebelum ni. Actually aku buat open house untuk kawan-2 je. Ada juga aku jemput cousin dekat kg Sg. Lui. Arghhh, semangat sangat aku ni bangun awal-2. Pukul 8.30 a.m dh bangun. Pukul 9.30 a.m pergi pasar. Balik pasar kemas rumah pula. Wah, aku jadi perempuan tulin semalam. Haha dh diam. Lepas kemas rumah, Abang sedara aku, Iwan hantar message dia cakap dia dengan pak tam otw pergi rumah aku. Aku tak bagi tahu ibu pun mereka otw datang rumah. Aku naik mandi siap bagai. Turun bawah lepak tengok tv kejap. Ada call dari Iwan. Aku tak perasan pun. Aku perasan time iwan hantar message dia tanya rumah aku dekat mana, diaorg depan sekolah. Aku call, aku suruh pak tam tunggu dekat surau Kg. Laksamana. Kelam kabut aku cari kunci Nouvo tak jumpa. Kebetulan rumah bapak angkat abang aku buat kenduri kawin abang angkat abang aku. Dh sesak pula depan rumah aku dengan kereta-2 dan orang-2 yang tidak dikenali. Dh lama lama aku cari kunci motor, satu hal dh lambat. Bantai lh Wan, abang angkat abang aku kacau aku pula depan rumah. Eish, bla lh Wannnn. Err, kesian pak tam aku tunggu lama-2. Sampai surau aku dh nampak kereta pak tam, okay bawa lh pak tam pergi rumah aku ikut jalan jauh sikit je pun. Sebab jalan utama ke rumah aku tu jalan tutup sebab wedding tu. Lepas 30 minit pak tam makan, pak tam lepak rumah aku dulu. Aku ingat pak tam nak balik, rupa mak tam nak tolong ibu basuh pinggan mangkuk kawan-2 aku datang makan. Lepas kawan-2 aku semua dh balik baru pak tam balik. Haha terima kasih banyak-2 mak tam sebab tolong anyah :D First kak Azue, kak Mira, kak Peah dan kak Hanis datang. Lepas kakak-2 tu semua makan, ada sesi bergambar pula dekat luar rumah aku. Tengah bergambar Chak call dia cakap dia otw datang rumah aku. Okay lh. Lepas kakak-2 tu semua balik, 2 minit lepas tu Chak and the geng datang. Dia boleh main lalu je depan rumah aku. Aku jerit panggil baru lh masuk pintu pagar rumah aku. Aku ingat Chak dengan Syazwi je, rupa dia bawa geng. Bundle, Miyoy dengan sorg kawan dia aku tak kenal. Time tu Syazwi tak ada. Syazwi pergi Taman Selayang. Syazwi suruh diaorg tunggu. Lh, lama-2 duduk rumah aku. Tkpe lh korg, nama pun open house kan. Lepas diaorg keluar Apit dengan Nabil sampai. Diaorg tak sempat masuk, classmates aku pula sampai. Sempat diaorg semua masuk rumah aku, hujan pun turun. Wah, time tu rumah aku dh macam buat party besar-besaran pula. Borak, gelak, bahan, gelak, ejek, gelak, borak, gelak-2. Haha amboi meriah sangat tu. Dh diam. Memang meriah sangat rumah aku. Time classmates aku semua dh abis makan, pak tam nak balik. Aku hantar pak tam sampai simpang keluar Laksamana. Aku sampai rumah, classmates pun nak balik. Okay bye korg, terima kasih. Lepas classmates balik, mak sedara aku sebelah opah aku datang. Time tu juga tinggal lh Shira dengan Amal je dekat rumah aku. Diaorg plan nak kelaur tapi time tu hujan. Then Shahir pula datang. Lepas Amal tunggu Shahir abis makan, Amal dan Shira pun balik. then Shahir balik. Huhh, penat. Pukul 5.45 p.m aku baru nak rehat, Wana pula call nak datang rumah aku. Wana orang terakhir datang open house rumah aku tahun ni. Wahh, serious aku happy walaupun penat. Ini mengeratkan lagi silaturrahim antar kita kan kawan-2. Dh diam. Aku bengang dengan Acap Yakin. Ye-2 je nak datang rumah aku. Tapi, puihhh batang hidung dia pun aku tak nampak. Ramai juga tak datang, tkpe lh maybe mereka ada hal mereka sendiri kan kan kan? Aku bengang sebab gambar tak banyak. That's all, I"m so happy. InsyaAllah next year aku buat open house lagi untuk korg ye? :D
#Sorry kalau bosan baca cerita aku panjang-2 ni. Aku tak bosan pun, aku HAPPY. Dh diam.





