0 cookie(s) ● Sunday, April 29, 2012 ● 1:00 AM
24 April 2012, Selasa5.30 a.m aku dengan Shira je bangun. Keluar khemah tengok tak ada elektrik sebab generator terpadam. Lama sangat nak tunggu generator hidup kitaorg pun pergi je lah mandi tapi kami tak mandi pun sebab nanti kena air juga kan sebab nak berkayak ke Pantai Siring semula.
*tak tahu pukul berapa haha* kitaorg sarapan dan buat senaman kemudian masing-masing mula berkayak tapi aku tak pun, jurulatih tak bagi sebab aku belum sihat lagi katanya haha makanya aku naik bot lah.
Sampai je Pantai Siring kitaorg bergerak untuk sarapan. *aik tadi bukan dah sarapan ke, ulang-ulang lah sarapan*. Selepas sarapan kami membuat aktiviti iaitu 'pandu arah'. Kami perlu berjalan mengikuti ladang kelapa sawit. Sepanjang jalan kami belajar bahasa Cina. Kumpulan kami ada 2 orang berbangsa Cina. Kami menyanyi dan sebagainya. Tibanya kami di tempat yang sepatutnya kami diberi keperluan untuk memasak. Ketua kami Mohsein dari KL agihkan tugas dan kami pun mula memasak.
Selepas memasak kami solat kemudian kami melakukan aktiviti bermain 'paintball'. Woo seronok. Dengan tiba-tiba hujan turun dengan lebat dan kami mengambil masa itu untuk berehat di surau, ada yang tidur, ada yang melepak dan sebagainya. Hujan tak berhenti dan kami terpaksa dibawa oleh bas ke destinasi seterusnya.
Tiba kami di hutan itu kami perlu mendirikan khemah dan minum petang yang telah disediakan oleh tuan rumah yang berdekatan dengan tapak perkhemahan kami. Selepas itu kami perlu siapkan diri untuk solat dan mendengar tazkirah. Seterusnya kami makan malam dan aktiviti pada malam itu ialah sesi fotografi bersama kumpulan masing-masing.
Selepas sesi fotografi kami masing-masing melepak, ada yang masih nak berkenalan haha macam-macam lah dan kami perlu berkumpul untuk mendengar taklimat. Selepas itu ada yang pergi masak maggi dan ada yang duduk dalam khemah, tidur. Khemah kami dekat berhadapan dengan khemah lelaki kontinjen Putrajaya dan KL, kami asyik kena ganggu dengan mereka je. Mereka panggil kontinjen Selangor tapi borak dengan kontinjen Kedah perempuan. Malam tu agak lena juga tidur sebab penat berjalan.







