0 cookie(s) ● Friday, April 27, 2012 ● 3:30 PM
Assalamualaikum.Huh here i want to story from the first day until my last day in camp. Sebenarnya pengisian kem ialah ekspedisi, maksudnya aktiviti kami dibuat di luar kem dan malam kebudayaan di mana setiap kontinjen akan mempersembahkan tarian. Ok, faham setakat itu? HAHA tak beriya pula cerita aku.
21 April 2012, Sabtu.
7.00 a.m aku dah bangun. Huh semangat haha mandi, siap, check barang buat kali terakhir dan sarapan.
8.30 a.m pak ngah hantar aku, isi borang, sign borang, tengok budak kawad dan pak ngah balik aku nak bertolak ke Pusat Kokurikulum Kem Ampang Pecah, Kuala Kubu Bharu.
9.30 a.m kami bertolak ke Kem Ampang Pecah. kami kena berada di sana selama 2 hari 1 malam sebab ada latihan menari.
10.30 a.m kami tiba di Kem Ampang Pecah. Sampai je ada 4 orang lelaki dari Klang. Relax kejap then pergi Hospital Kuala Kubu nak buat medical check up. 45 minit kami tunggu, masuk dalam bilik doktor tu cakap hari Sabtu tak boleh buat medical check up. Huh angin je kami tunggu lama-lama. Kami balik kem lepak kejap then keluar cari klinik dekat Pekan Kuala Kubu. Ibu pun sampai pekan sebab nak bagi barang aku. Lepas mencari, kami jumpa 1 klinik, RM25 je buat medical check up. Lepas tu beli makan tengah hari dan balik kem. Kami pun berkenalan antara 4 orang budak lelaki dari Klang tu dan sekejap je kami boleh rapat macam dah lama kenal.
Lepas makan, solat kemuadian guru tarian kami bernama teacher Naziha sampai. Sampai 6.30 p.m kami buat latihan menari.
6.30 p.m kami pasang khemah, mandi, siap, solat dan rehat sampai 9.30 p.m.
9.30 p.m teacher sampai then buat latihan sampai pukul 12 midnight. Masa tu kami dengar macam-macam bunyi. Iye lah kan, dah tengah malam.
12 midnight kami dengar sedikit taklimat, dapat t-shirt 'SELANGOR' dan kami di pinjamkan beg galas yang sesuai dibawa.
1 a.m baru masuk khemah dan tidur. Malam tu kami dengar anjing menyalak eh macam-macam lah.





