Welcome to my blog. FOLLOW? | DASHBOARD?
Sweet Treats.
Entry


About


Links

Welcome :)


Hello. Welcome to Ain Najihah's blog.
Feel free to navigate around. Thanks!




Credits


Skin+header designer : Ainnad_Rocks
Photos : Weheartit | Tumblr
Background : Kak Biyha

0 cookie(s) ● Saturday, April 28, 2012 ● 11:30 PM
Assalamualaikum,
23 April 2012, Isnin
4.30 a.m bangun, mandi dan siap. Lepas tu pergi surau solat subuh dan dengar tazkirah.
7.00 a.m berkumpul dan sarapan pagi.
7.30 a.m kumpulan Bravo bertolak ke Pantai Siring untuk berkayak ke Pulau Besar dan kumpulan Alpha ke hutan.
*tak ingat sampai pukul berapa* Hehe sampai je kami diberi taklimat dan bermain dengan air. Kemudian baru lah di lepaskan untuk berkayak.


Ehem ni yang tak nak cerita ni haha. Sampai tengah laut kami berhenti rehat. Lepas rehat kami terus berkayak dan 1 km dari tempat berehat tadi tiba-tiba kaki aku kejang dan sakit sangat. Partner aku dekat belakang tanya aku ok tak then dia panggil jurulatih yang dekat dengan kami. Jurulatih tu panggil JPAM dan angkat aku dalam bot dan bawa aku dekat pulau. Dalam bot JPAM tu aku rasa satu badan aku tak boleh gerak. Kakak JPAM tu cakap aku kejang satu badan. Sampai dekat pulau aku pengsan. Tak lama lepas tu aku sedar kakak dan abang JPAM tu tanya aku macam-macam dan JPAM bawa aku ke Pantai Siring. Dalam bot JPAM otw ke pantai abang JPAM tu tanya aku macam-macam. Aku dah lah tengah khayal, tak tahu apa-apa tetiba dia tanya. Dan tak boleh aku terima dia tanya aku period ke tak? Haha kakak JPAM tu cakap lah kalau period kita tak boleh main dengan air laut dekat Pulau Besar tu sebab pulau tu tempat dia keras. Aku pun macam oh tahu tu haha. Setengah hari aku ikut Tuan Ismanizam pergi hutan dekat budak-budak kumpulan Alpha. Budak-budak Alpha semua tanya aku kenapa haha. Aku tak merasa pun nak masak sendiri dan buat aktiviti dekat pulau.
Petang tu aku dihantar semula ke Pulau Besar. Tetiba malam tu aku jadi aktif pula sebab ada yang dah kenal aku dan diaorg semua tanya aku kenapa, perli aku bagai tapi aku tak kisah sebab aku tahu diaorg gurau kan hahaha malam tu tak ada aktivit sebab hujan.
11.00 p.m kitaorg semua dah tidur tapi budak lelaki tak tidur, diaorg buat pesta apa tah. Sebelah khemah kitaorg khemah JPAM, abang dengan kakak JPAM tu duduk borak, gelak pula dekat tepi pantai masa kitaorg tengah tidur. Tengah sedap tidur tetiba hujan lebat, khemah kitaorg masuk air. Itu lah pengalaman orang cakap.


Past Future