0 cookie(s) ● Monday, April 30, 2012 ● 3:30 PM
Assalamualaikum,26 April 2012, Khamis
Hari terakhir kami di kem. Banyak pengalaman antara kami semua.
4.30 a.m aku dah bangun sebab kalau lambat bilik mandi penuh. Iye lah kan, dah nak balik pun, masing-masing mesti nak wangi je kan. Lepas aku bangun Shira pula bangun, lepas tu Wana kemudian Effa. Masing-masing siap dan pergi surau.
7.00 a.m sarapan pagi, lepas tu berkumpul dekat dewan untuk majlis penutupan.
8.30 a.m kitaorg dah berkumpul dekat dewan tapi majlis tak mula lagi. Diaorg sibuk buat latihan kompang dengan ambil hadiah bagai. Lebih kurang pukul 11.30 a.m baru majlis mula. Pot pet pot pet tiba saatnya pengumuman pertandingan kebudayaan. Yeah no.3 negeri Selangor, no.2 negeri Melaka dan no.1 Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur. Lepas ambil hadiah semua, kitaorg nyanyi 1Malaysia dan bersurai.
Masa nak balik semua muka happy + muka sedih sebab nanti tak jumpa lagi dah budak-budak kem.
I'll miss you guys, harap-harap kita dapat jumpa nanti. Korg jaga diri baik-baik dan belajar bersungguh-sungguh. I love you guys :)





